Tuesday 12 July 2011

SINOPSIS

PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN LITERASI BAHASA MELAYU
http://myais.fsktm.um.edu.my/5003/1/24.pdf
Artikel ini membincangkan sejauh manakah teknologi boleh digunakan dalam membantu mempercepatkan dan meningkatkan mutu proses pengajaran dan pembelajaran literasi Bahasa Melayu di sekolah di negara kita. Tujuan teknologi dalam Pendidikan untuk memperbaiki pencapaian dan melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran pelajar di sesebuah bilik darjah. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa teknologi dalam pendidikan adalah suatu alat, prinsip dan pendekatan saintifik dalarn merancang dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran berbantukan teknologi. Guru literasi Bahasa Melayu mempunyai tanggungjawab besar dalam menerapkan penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran literasi Bahasa Melayu di dalam bilik darjah. Mereka bertanggungjawab dalam menentukan pelbagai objektif pengajaran mahupun memilih pendekatan dan teknik yang sesuai untuk mencapai setiap objektif tersebut dengan menggunakan teknologi. Guru perlu menentukan teknologi mana yang dapat membantu mereka dalarn melaksanaan pengajarannya supaya objektif yang telah dirancang dapat dicapai. Dalam soal ini, guru berperanan dalarn merancang, melaksana dan menilai keberkesanan sesuatu sesi pengajaran berbantukan teknologi terkini. Guru perlu juga ingat bahawa peranan teknologi adalah untuk membantu melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran dan bukannya menjadi matlamat atau objektif dalam melaksanakannya. Ini bermakna, walau secanggih mana pun sesuatu teknologi itu Berjaya dihasilkan pada masa ini tetapi ia tidak dapat menggantikan peranan guru dalarn sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran.

Faedah Penggunaan Teknologi dalam Pendidikan Literasi Bahasa Melayu
1. Meningkatkan kualiti pembelajaran literasi atau darjah penguasaan kemahiran literasi yang ingin dicapai pada sesuatu sesi pengajaran berdasarkan perkembangan semasa dan teknologi terkini;
2. Menggunakan masa dengan berkualiti dalam suasana persekolahan yang terhad tempohnya untuk mencapai matlamat dalam sesuatu sesi pengajaran literasi;
3. Meningkatkan kualiti pengajaran guru dan keberkesanannya dalam situasi pembelajaran yang bersifat pelbagai atau jumlah pelajar yang terlalu ramai dalam sesuatu kelas literasi;
4. Mempelbagaikan teknik pengajaran tanpa mengorbankan kualiti kandungan dankmahiran literasi yang hendak dicapai; dan
5. Membantu guru dalam meningkatkan minat pelajar terhadap bahan yang digunakan dalam kelas literasi khususnya, dalam keadaan persekitaran yang tidak menggalakkan serta membosankan.

Pemilihan Bahan Teknologi dalam Pendidikan Literasi Bahasa Melayu
Guru literasi hams mempunyai pengetahuan yang jelas dalam memilih bahan teknologi yang boleh digunakan dengan berkesan dalam sesuatu sesi pengajaran di dalam bilik darjah dii samping  menilai secara berterusan bahan teknologi, terutamanya yang berkaitan dengan perisian yang boleh digunakan untuk membantu pencapaian objektif pembelajaran.
Berikut adalah antara beberapa pertimbangan yang perlu dilakukan dalam
menentukan kesesuaian bahan teknologi yang digunakan dalam kelas literasi:
-Objektif Pembelajaran
-Tahap Pencapaian Pelajar
-Menentukan lsi Kandungan dan Domain Kemahiran Literasi
-Menentukan Aspek Teknikal
-Tentukan Ciri Fizikal Sesuatu Bahan Teknologi
Tugas guru termasuklah menentukan bahan teknologi yang akan digunakan dapat diurus

3 comments:

Sarina Abdul Rahman said...

Info yang berguna.

upinipin said...

sememangnya ict amat diperlukan era kini.gunalah ia dengan bijaksana.

norizam8571 said...

Penggunaan ICT beserta kepelbagaian teknik ,akan menjadikan p&p lebih berkesan.

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates