Friday 10 June 2011

CIRI-CIRI GURU YANG CEMERLANG

Ciri-ciri Guru Yang Cemerlang
• Dalam aspek perancangan guru yang cemerlang didapati boleh mengesan masalah pembelajaran pelajar sepanjang masa, merancang pelbagai alat dan bahan bantu mengajar serta pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) untuk pelajar pelbagai kebolehan

• Dari sudut pengurusan masa pula, guru yang cemerlang berjaya mengurus laporan prestasi pelajar dengan kemaskini dan segala strategi pengajaran didokumentasikan .

• Dalam proses pengajaran pula, guru yang cemerlang berjaya mengaitkan kepakaran sedia ada pelajar dengan tajuk perbincangan serta melibatkan pelajar secara aktif dalam P&P.

• Dalam proses pengajaran pula, guru yang cemerlang berjaya mengaitkan kepakaran sedia ada pelajar dengan tajuk perbincangan serta melibatkan pelajar secara aktif dalam P&P.

• Mereka merupakan guru yang reflektif dan sentiasa meneroka secara mendalam dan berulang kali terhadap amalan dan tindakan untuk meningkatkan keberkesanan hasil pengajaran di dalam bilik darjah.

• Guru yang cemerlang juga kerap memberi kata-kata semangat dan perangsang yang adakalanya dilekatkan di dinding kelas .

Di antara ciri-ciri yang harus dikekalkan oleh seorang guru yang cemerlang adalah seperti berikut:

• Mempunyai pengetahuan yang mendalam terhadap sesuatu bidang pengkhususannya.
• Komitmen yang menyeluruh.
• Penambahbaikan ilmu serta kemahiran secara berterusan.
• Sebagai satu role model atau idola kepada pelajar.
• Mudah didekati, mesra dan mampu menyelesaikan masalah dan memberi pandangan yang bernas.
• Secara amnya guru yang berkualiti harus berilmu, berdedikasi serta menjadi sumber inspirasi kepada pelajar. Guru yang beginilah yang amat diharap-harapkan oleh semua golongan masyarakat untuk memenuhi aspirasi negara


“MAJLIS GURU CEMERLANG MALAYSIA”

1. KECEMERLANGAN PERIBADI

*Mempunyai keyakinan diri
*Berakhlak dan bermoral
*Bersikap adil dan bertimbang rasa
*Beramanah dan bertanggungjawab
*Kreatif dan inovatif
*Sentiasa mengurus diri dengan kemas
*Sedia berkongsi dan berkerjasama
*Bersikap terbuka
*Bersikap positif

2. KECEMERLANGAN PENGETAHUAN & KEMAHIRAN

*Mengamalkan budaya ilmu
*Kebolehan untuk menyelesaikan masalah dan embuat keputusan yang rasional dan objektif
*Menyertai dan memanfaatkan kursus dalam perkhidmatan untuk meningkatkan kualiti kerja
*Kebolehan menyediakan kertas kerja, laporan prestasi murid, minit mesyuarat, dokumentasi dll.
*Pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran
* berupaya mengendalikan aktiviti kokurikulum
*Mengenalpasti keperluan dan masalah individu murid/pelajar serta menyediakan program tindakan susulan
*Pengurusan masa, bahan, sumber, alatan p&p
*Peka dan prihatin terhadap keperluan kebajikan murid/pelajar

3. KECEMERLANGAN KERJA

*Pengurusan keceriaan bilik darjah.
*Berjaya membimbing murid mematuhi peraturan dan tahap pembelajaran.
*Menguasai dan menggunakan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran.
*Melaksanakan rutin dengan berkesan bagi memudahkan pembelajaran.
*Menyemak kerja murid/pelajar dengan teliti, tepat dan memberi komen yang positif untuk menggalakkan   pembelajaran yang seterusnya .
*Memberi kerja bertulis dan latihan mengikut kekerapan yang sesuai .
*Memberi bimbingan pelajaran kepada murid di luar waktu pengajaran.
*Menggunakan hasil pengujian dan penilaian untuk membaiki pengajaran.
*Sentiasa merangsang murid berfikir.
*Merancang pelajaran yang baik.
*Hasil pembelajaran murid menunjukkan peningkatan.
*Aktiviti kokurikulum yang berkaitan dengan mata pelajaran dirancang dan dilaksanakan dengan penuh komitmen.
*Berupaya meningkatkan penglibatan, minat dan prestasi murid

Tuesday 7 June 2011

Manual Membina Laman Blog

Langkah 1 : Taip http://www.blogspot.com/ atau http://www.blogger.com/ di kotak alamat pelayar web anda untuk melayari laman utama Blogger.


Langkah 2 : Masukkan alamat emel anda serta 'password' dan tekan 'sign in' untuk log masuk ke 'dashboard' peribadi anda.


Langkah 3 : Terus klik pada butang 'CREATE YOUR BLOG NOW' seperti yang telah dipaparkan.


Langkah 4 : Pilih nama yang sesuai untuk laman blog anda dan masukkan ke dalam ruang 'blog title' seperti yang tertera. Pilih juga alamat laman blog anda dengan sesuai. Notis bahawa alamat blog adalah terhad jadi pilihlah alamat dengan sebaiknya. Klik butang 'continue'.



Langkah 5 : Anda akan diberi pilihan bagi memilih templet permulaan untuk laman blog anda. Notis bahawa ini boleh di ubah di 'design' kelak jadi anda tidak perlu memilihnya dengan teliti.



Langkah 6 : Satu notis akan terpapar bahawa blog anda telah dibina. Anda boleh memilih sama ada mahu mengubah rekabentuk blog anda dengan menekan butang opsyen 'customize how your blog looks' atau mahu terus menulis di laman blog anda dengan menekan butang opsyen 'start posting now' atau 'START BLOGGING'. Anda telah berjaya membina laman blog anda.

Monday 6 June 2011

PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN LITERASI BAHASA MELAYU

Template by:
Free Blog Templates