Tuesday 7 June 2011

Manual Membina Laman Blog

Langkah 1 : Taip http://www.blogspot.com/ atau http://www.blogger.com/ di kotak alamat pelayar web anda untuk melayari laman utama Blogger.


Langkah 2 : Masukkan alamat emel anda serta 'password' dan tekan 'sign in' untuk log masuk ke 'dashboard' peribadi anda.


Langkah 3 : Terus klik pada butang 'CREATE YOUR BLOG NOW' seperti yang telah dipaparkan.


Langkah 4 : Pilih nama yang sesuai untuk laman blog anda dan masukkan ke dalam ruang 'blog title' seperti yang tertera. Pilih juga alamat laman blog anda dengan sesuai. Notis bahawa alamat blog adalah terhad jadi pilihlah alamat dengan sebaiknya. Klik butang 'continue'.



Langkah 5 : Anda akan diberi pilihan bagi memilih templet permulaan untuk laman blog anda. Notis bahawa ini boleh di ubah di 'design' kelak jadi anda tidak perlu memilihnya dengan teliti.



Langkah 6 : Satu notis akan terpapar bahawa blog anda telah dibina. Anda boleh memilih sama ada mahu mengubah rekabentuk blog anda dengan menekan butang opsyen 'customize how your blog looks' atau mahu terus menulis di laman blog anda dengan menekan butang opsyen 'start posting now' atau 'START BLOGGING'. Anda telah berjaya membina laman blog anda.

2 comments:

Anonymous said...

panduan yang jelas

Jaza.Md said...

Penerangan yang jelas dan senang untuk difahami.

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates